Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Terbaru BIRDS OF PREY Memaparkan Aksi Huntress & Black Canary

Ketika dalam rancangan  The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, bintang Birds of Prey, Mary Elizabeth Winstead telah mendedahkan klip terbaru filem adiwira DC terbitan studio Warner Bros. Pictures yang paling dinantikan peminat. Anda boleh saksikan klip pendek itu (bermula pada minit 4:16) dan temubual penuh berserta klip ‘sneak peek’ yang memperkenalkan karakter Black Canary lakonan Jurnee Smollet-Bell.

Birds of Prey diarahkan oleh Cathy Yan, menjadikan dia pengarah wanita Asia pertama mengarahkan filem Superhero. Skrip filem disediakan oleh Christina Hodson.

Filem terbaru DC ini dibintangi Margot Robbie yang meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn, Mary Elizabeth Winstead memainkan peranan sebagai Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

Birds of Prey akan menemui penonton pada 7 Februari ini.

Related posts

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment