Klip terbaru dari filem Batman V Superman: Dawn of Justice telah dimuatnaik semalam oleh pihak produksi dimana ia menunjukan kenderaan terbaru Batmobile. Klip video yang dimuatnaik adalah lebih kepada strategi pemasaran filem.
Dalam klip tersebut, ia menunjukkan Batman sedang memandu laju kenderaan barunya itu di dalam terowong dan menunjukan kenderaan terbaru ini lebih laju dan canggih jika hendak dibandingkan dengan Batmobile sebelum ini.
Bagaimana, klip video yang dipaparkan hanyalah sekadar video marketing, tidak lebih dari itu. Namun ia sudah cukup memberi gambaran mengenai rupa bentuk dan kuasa yang dimiliki oleh Batmobile terbaru ini. Bagaimanapun, kami akan keluarkan maklumat lebih terperinci mengenai kenderaan Batmobile selepas pelancaran buku Batman V Superman yang diterbitkan tidak lama lagi.
Batman V Superman dibintangi oleh Ben Affleck sebagai The Dark Knight aka Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor dan Gal Gadot sebagai Wonder Women. Turut serta terlibat dalam filem ini ialah Amy Adams, Laurence Fishburne dan Diane Lane yang akan membawa watak mereka dalam filem Man of Steel
Batman V Superman: Dawn of Justice akan ditayangkan di pawagam pada 25 Mac 2016.