New Line Cinema dan Warner Bros. Picture telah mengeluarkan dua klip trailer terbaru filem seram yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Annabelle: Creation.
Annabelle: Creaton mengisahkan pembuat patung dan isterinya, yang kematian anak perempuannya, telah menerima beberapa kanak-kanak perempuan dari rumah anak-anak yatim untuk tinggal dirumah mereka. Tidak lama kemudian, telah menjadi sasaran patung yang dirasuk hantu iaitu Annabelle.
Pengarah filemĀ Light Out,Ā David F. SandbergĀ telah menjadi pengarah untuk filem ini, manakalaĀ Gary Dauberman telah menulis lakonlayar untuk filemĀ Annabelle: Creation.Ā Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalahĀ Stephanie Sigman,Ā Talitha Bateman,Ā Lulu Wilson, Philippa Coulthard, Grace Fulton, Lou Lou Safran, Samara Lee,Ā Anthony LaPaglia danĀ Miranda Otto.
Annabelle: Creation merupakan salah satu filem dalam universe The Conjuring danĀ akan ditayangkan dipawagam Malaysia pada 10 Ogos ini