Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Terbaru A QUIET PLACE: PART II Membawa Penonton Ke Hari Pertama Serangan Makhluk Menakutkan

Paramount Pictures telah melancarkan klip terbaru dari filem arahan John Kransinski, A Quiet Place: Part II yang memaparkan babak flashback dimana ia membawa penonton ke hari pertama umat manusia diserang makhluk yang menakutkan. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Bersambung dari filem A Quiet Place (2018), ahli keluarga Abbott yang terselamat terus berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Kini mereka meneruskan hidup  dengan mengembara ke dunia luar. Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.

Emily Blunt kembali meneruskan wataknya bersama-sama Millicent Simmonds dan Noah Jupe sebagai Regan dan Marcus Abbott. Mereka turut disertai pendatang baru dalam francais ini iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou.

Advertising

John Krasinsk sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Setakat ini, plot filem tidak didedahkan kepada umum.

Dilaporkan juga, pembikinan sekuel kali ini akan menelan belanja yang lebih besar berbanding filem pertama. Emily Blunt yang kebiasannya menerima bayaran 7 angka juga dikatakan sekali lagi sanggup untuk mengurangkan bayaran yang diterimanya kerana filem ini adalah projek yang diminati oleh suaminya, John Kransinski.

Filem pertama A Quite Place yang ditayangkan pada 2018 berjaya meraih $340 juta dolar seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya $17 juta dolar. A Quiet Place: Part II akan memulakan tayangannya pada 20 Mac 2020.

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tonton Teaser Pertama “Army of the Dead” Arahan Zack Snyder

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Amazon Lancar Trailer Terbaru Siri Animasi “Invincible”

Kakimuvee

Pertarungan Berdarah Dalam Trailer ‘R-rated’ “Mortal Kombat”!

Kakimuvee

Saksikan Jang Dong Yoon & Kam Woo Sung Berusaha Menewaskan ‘Undead’ Dalam Teaser Terbaru “Joseon Exorcist”

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman