Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Video

Klip Pertama X-Men: Dark Phoenix Telah Didedahkan

Studio 20th Century Fox telah meriliskan klip pertama dari filem X-Men: Dark Phoenix. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

X-Men akan berhadapan dengan musuh yang paling berkuasa, iaitu salah seorang daripada mereka, Jean Grey. Semasa menjalankan misi menyelamat di angkasa, Jean hampir terbunuh apabila dia terdedah pada tenaga kosmik yang agak misteri. Selepas dibawa pulang, tenaga tersebut bukan sahaja membuatkan dia lebih berkuasa, tetapi ianya tidak stabil. Ketika bergelut dengan entiti yang berada didalamnya, Jean mengeluarkan kuasa yang sukar untuk dikawalnya.

Apabila Jean gagal mengawal kuasanya dan mencederakan orang yang paling dicintainya, dia mula merobek ikatan kukuh yang diantara X-Men. Kini, keluarga X-Men telah berpecah, mereka perlu mencari jalan untuk bersatu – bukan sahaja untuk menyelamatkan Jean, tetapi untuk menyelamatkan Bumi dari makhluk asing yang mahu menggunakan kuasa yang ada pada Jean Grey sebagai senjata dan memerintah galaksi.

X-Men: Dark Phoenix yang menampilkan kembali beberapa pelakon asal seperti Jennifer Lawrence (Mystique), Nicholas Hoult (Beast), Alexandra Shipp (Storm), Tye Sheridan (Cyclops), Kodi Smit-McPhee (Nightcrawler), Sophie Turner (Jean Grey), dan Evan Peters (Quicksilver).

Simon Kinberg bertindak selaku penulis dan pengarah filem ini. Dia juga bertindak selaku penerbit bersama  Lauren Shuler Donner dan Hutch Parker. X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 6 Jun 2019

Related posts

Ryan Reynolds Terpaksa Jaga Bini Samuel L. Jackson Dalam Teaser “Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Kakimuvee

Trailer “Army of the Dead” Papar Aksi Rompakan Yang Berbeza

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk Berjuang Untuk Bertahan Melawan Naluri Terburuk Manusia Dalam Trailer Terbaru “Dark Hole”

Zulaikha