Official TrailerSlot Tempatan

Klip Pertama MECHAMATO Telah Ditonton Lebih 720 Ribu Dalam Masa 2 Hari

Views

Gambaran pertama siri animasi terbaru Animonsta Studios, Mechamato telahpun dilancarkan 2 hari yang lalu dan mendapat jumlah tontonan lebih 720 ribu sejak ia dilancarkan.

klip video berkenaan turut mendapat 30 ribu tanda suka dan lebih 2 ribu komen yang rata-ratanya menyatakan rasa teruja dengan siri terbaru itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Razak turut meluahkan rasa terujanya dengan pelancaran klip pertama itu.

"Mechamato" First Look! Klip ini lebih kepada 'Proof of Concept' "Mechamato". Pada awalnya klip ini hanya untuk pihak dalaman dan rakan kongsi sahaja. Tetapi disebabkan Movement Control Order (MCO), kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan Klip ini.

"Terus ikuti perkembangan Monsta. Ada lebih banyak pengumuman yang menarik tentang "Mechamato" dan "BoBoiBoy"!

"Doakan supaya mudah untuk kami hasilkan "Mechamato" dan "BoBoiBoy" dalam keadaan yang mencabar sekarang ini," 

Mechamato menampilkan watak utama, Amato yang merupakan bapa kepada BoBoiBoy. Amato tidak pernah muncul dalam siri BoBoiBoy tetapi telah membuat penampilan fizikal pertamanya di kredit akhir BoBoiBoy Movie 2.

Seperti yang dimaklumkan oleh Nizam sebelumnya, siri yang mempunyai 104 buah episod ini bakal ditayangkan di beberapa buah negara lain.

Mechamato merupakan sebuah projek hasil kolaborasi Animonsta Studios bersama syarikat Jepun, Bandai Namco, sekaligus menjelaskan mengapa banyak unsur budaya Jepun dalam siri tersebut.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks