Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Bintang Eternals Kumail Nanjiani dan Salma Hayek menjadi tetamu dalam episod terbaru Jimmy Kimmel Live, dan mereka membawa klip pertama dari filem Marvel Studios Eternals bersama mereka.

Klip tersebut adalah versi lanjutan dari adegan yang kita telah lihat dalam trailer, dimana pasukan superhero dilihat bersedia untuk bertarung dengan Deviants. Ikaris (Richard Madden) menunjukkan kehebatannya, manakala Makkari (Lauren Ridloff), pahlawan OKU pendengaran pertama MCU, turut mempamerkan kelajuan super yang sangat mengagumkan. Tidak dilupakan, watak Kingo lakonan Kumail Nanjiani, membuktikan dia juga sangat penting bagi pasukannya. 

Anda boleh klip tersebut dibawah, bermula pada minit 8:00

Berdasarkan komik Marvel dengan nama sama karya Jack Kirby, Eternals menyambut pasukan superhero baru yang menarik ke Marvel Cinematic Universe. Kisah epik, sepanjang ribuan tahun, menampilkan sekumpulan pahlawan abadi yang dipaksa keluar dari bayang-bayang mereka sendiri untuk kembali bersatu dan menentang musuh tertua umat manusia, The Deviants. 

Eternals menampilkan barisan pelakon bintang seperti Richard Madden sebagai Ikaris, Gemma Chan sebagai Sersi, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gilgamesh, Barry Keoghan sebagai Druig, Angelina Jolie sebagai Thena dan Kit Harington sebagai Dane Whitman. 

Pemenang Oscar Chloe Zhao mengarahkan filem ini dan turut menulis lakon layar bersama Matthew k. Firpo dan Ryan Firpo. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige berperanan sebagai penerbit.

Eternals akan ditayangkan di pawagam pada 5 November ini.

Related posts

Shang-Chi 2 Kini Sedang Dibangunkan, Destin Daniel Akan Mengarah Siri TV MCU

Kakimuvee

Transformasi Menakutkan Jared Leto Dalam Klip Eksklusif MORBIUS

Kakimuvee

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Kakimuvee

Gambar Pertama ‘Texas Chainsaw Massacre’ Tetapkan Debut Netflix Untuk Sekuel Seram Yang Dinantikan

Kakimuvee

Pandangan Pertama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One)

Kakimuvee

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Leave a Comment