Video

Klip Pertama Charlie’s Angels Paparkan Misi Pertama Angels

Views

Ketika dirancangan Jimmy Kimmel Live!, para pelakon filem Charlie’s Angels telah melancarkan klip rasmi pertama filem arahan Elizabeth Banks itu. Klip tersebut memberi preview kepada penonton mengenai misi pertama yang perlu diselesaikan Angels. Anda boleh saksikan klip filem pada minit ke 4:42 dipemain video dibawah.

Filem terbaru Charlie’s Angels ini dibintangi pelakon Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska yang akan membawakan watak utama sebagai Sabina Wilson, Elena Houghlin dan Jane Kano.

Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Charles Townsend, pemilik agensi keselamatan dan penyiasatan yang telah berkembang ke peringkat antarabangsa. Sebagai trio gadis yang bijak, berani dan terlatih, mereka diletakkan dalam pasukan Angels, dibawah arahan Bosleys untuk melakukan tugasan diserata dunia.

Skrip filem ini ditulis sendiri oleh Elizabeth Banks berdasarkan cerita yang ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan David Auburn. Filem ini turut dibintangi Noah Centineo, Jonathan Tucker, Sam Claflin, Patrick Stewart, Djimon Hounsou, dan Elizabeth Bank

Filem ini akan bertindak sebagai ‘standalone’ sekuel untuk siri televisyen dan filem sebelumnya. Charlie’s Angels akan menemui penonton pada 15 November 2019

Tinggalkan Balasan

shares