Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Klip Filem “Zack Snyder’s Justice League” Previu Pertarungan Antara Wonder Woman & Steppenwolf

Zack Snyder’s Justice League” menjanjikan aksi pertarungan yang menarik, dan bagi menyakinkan penonton, sebuah klip video telah dikongsikan HBO Max, memaparkan pertarungan antara Wonder Woman dan penjahat dari dunia lain, Steppen Wolf.

Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah.

“Zack Snyder’s Justice League” adalah versi terbaru “Justice League” yang ditayangkan pada 2017. Visi Snyder dalam filem akan datang pasti membuat penonton merasa kelainannya.

“Justice League” dihidupkan semula oleh Zack Snyder dengan suntingan baru seperti yang dimahukan peminat. Dengan kos sekitar $70 juta dolar untuk menyiapkan suntingan dan visual mengikut visi asal pengarah, peminat dijangka akan merasa puas dengan versi terbaru hasil garapan Snyder.

Dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko , Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Ratu Hippolyta, dengan JK Simmons sebagai Pesuruhjaya Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane.

Zack Snyder kembali sebagai pengarah manakala skrip ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Snyder dan Terrio. 

Zack Snyder’s Justice League akan memulakan tayangannya di HBO GO pada 18 Mac, jam 3.00 petang. Klik link disini untuk membawa ulasan penuh. 

Related posts

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Trailer Filem Anime “Sing a Bit of Harmony” Goda Tayangan 2022

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment