Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

KL Gangster: Underworld Musim Ke-2 Akan Menemui Penonton Pada 10 Disember Ini.

Platform streaming WeTVIflix telah mengumumkan tarikh tayangan siri yang dinantikan, KL Gangster: Underworld musim kedua iaitu pada 10 Disember ini. 

KL Gangster: Underworld merupakan sebuah drama aksi dalam francais KL Gangster ciptaan Syamsul Yusof. Musim pertama telah dilancarkan pada 2018 dan diarahkan oleh Syamin Yusof dan Syafiq Yusof. 

Susulan kejayaan siri ini, sebuah filem prekuel berjudul Rise To Power telah dihasilkan, dan ditayangkan kepada penonton pada 2019 di platform streaming Iflix. 

Musim kedua akan datang dibintang pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokthar, Zahiril Adzim, Nabila Huda, Amerul Affendi, Nam Ron, Sharifah Sakinan, Jasmin Suraya dan ramai lagi. 

Buat masa ini tiada trailer dan gambar pertama didedahkan pihak WeTVIflix.

Related posts

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’

Kakimuvee

Leave a Comment