Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kit Harington Dilaporkan Bakal Sertai Marvel Cinematic Universe


Bintang siri televisyen Game of Thrones, Kit Harrington dilaporkan bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU), bagaimanapun peranan dan filem apa yang dia akan buat kemunculan masih lagi tidak diketahui.

Pengumuman rasmi mengenai penglibatan pelakon tersebut mungkin akan diketahui pada hari ini di Expo D23 ataupun selewat-lewatkan esok semasa perbentangan Walt Disney Studios mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan.

Banyak kemungkinan mengenali filem yang bakal dibintangi pelakon tersebut, selepas Marvel mengumumkan barisan filem untuk Fasa 4 MCU. Black Widow akan menjadi filem pembukaan untuk Fasa 4 pada 1 Mei 2020, diikuti The Eternals pada 6 November tahun yang sama.

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan menyusul pada tahun seterusnya iaitu pada 12 Februari 2021, Doctor Strange in the Multiverse of Madness pada 7 Mei 2021 dan yang terakhir Thor: Love and Thunder pada 5 November 2021.

Kit Harrington terkenal dengan peranannya sebagai Jon Snow dalam siri hit HBO, Game of Thrones. 


Sumber: Deadline


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee