Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Bagi meraikan Hari Sahabat Baik, 20th Century Studios dan Locksmith Animation telah melancarkan treler rasmi Ron’s Gone Wrong, filem sci-fi animasi terbaru mereka yang menampilkan Zach Galifianakis (The Hangover) dan bintang Shazam!, Jack Dylan Grazer.

Treler dimulakan dengan iklan pengenalan mengenai robot canggih bernama B * Bot, yang berfungsi sebagai rakan baru yang hebat untuk kanak-kanak. Namun, malang bagi seorang remaja yang canggung dalam dunia sosial bernama Barney, dia menerima B * Bot yang tidak berfungsi yang akan menyebabkan kekacauan yang tidak disengajakan dalam hidupnya


Ron’s Gone Wrong akan membuat debut pada Jumaat, 22 Oktober. Filem animasi ini akan bersaing dengan filem berprofile tinggi iaitu Last Night in Soho arahan Edgar Wright dan The French Dispatch arahan Wes Anderson. 

Ron’s Gone Wrong akan menampilkan pandangan yang menyentuh perasaan dan lucu mengenai persahabatan antara seorang budak sekolah menengah dan robotnya yang rosak. Ia menceritakan kisah Barney, seorang pelajar sekolah menengah yang canggung dan Ron, sebuah robot yang seharusnya menjadi “Sahabat Terbaiknya.” Kerosakan Ron yang lucu, berlatarbelakangkan zaman media sosial, telah membawa mereka ke dalam perjalanan yang penuh aksi dan membina persahabatan sejati mereka. 

Filem animasi penggembaraan komedi ini menampilkan suara Zach Galifianakis (Missing Link), Jack Dylan Grazer (Luca), Olivia Colman (The Mitchells vs. The Machines), Ed Helms (The Office), Justice Smith (Jurassic World: Fallen Kingdom), Rob Delaney (Deadpool 2),  Kylie Cantrall (Gabby Duran and the Unsittables), Ricardo Hurtado (The Goldbergs), Marcus Scribner (Black-ish), dan Thomas Barbusca (Chad).

Ron’s Gone Wrong diarahkan oleh Jean-Philippe Vine (Cars 3The Good Dinosaur), Sarah Smith dan Octavio Rodriguez (Coco), berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Sarah Smith dan Peter Baynham. Anda boleh tonton trailer Ron’s Gone Wrong berserta poster terbaru dibawah. 

Related posts

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X

Kakimuvee

[VIDEO] Daredevil Melompat Ke Dalam Aksi Dalam TV Spot Terbaru SHE-HULK: ATTORNEY AT LAW

Kakimuvee

Dave Bautista Bakal Bintangi Filem Baru Netflix “Unleashed”

Kakimuvee

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

Reset DCEU: David Zaslav Umum Pelan 10 Tahun – Yang Diinspirasikan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

Ryan Reynolds Mula Jalani Latihan Untuk Filem “Deadpool 3”

Kakimuvee

Leave a Comment