Official TrailerSlot Tempatan

Kisah Perkahwinan Terlarang Dalam Filem Seram Komedi JODOH SYAITAN

Views

Da Motion Media bakal membawakan kepada penonton sebuah filem seram komedi berjudul Jodoh Syaitan, tayangan 5 MAC ini. Filem ini pasti meninggalkan kesan kepada penonton kerana ia merupakan persembahan terakhir Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, juga dikenali Abam Bocey sebagai seorang penghibur.

Jodoh Syaitan mengisahkan tentang Megat, seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan diminta ibunya, Mak Timah untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar.

Pada masa sama, Tok Salleh bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Salleh bagi memenuhi hawa nafsunya.

Sofi Jikan memainkan peranan utama sebagai Megat. Turut membintangi filem ini adalah Aprena Manrose sebagai Mawar, allahyarham Abam Bocey sebagai Kulop, Jay Iswazir sebagai Awang, Kamarool Hj. Yusof sebagai Tok Salleh dan Fauziah Nawi sebagai Mak Timah.

BACA:  EJEN ALI THE MOVIE, PUSAKA Ungguli Senarai Pemenang Tellygeram Awards 2020

Ismail Bob Hasim bertindak sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Epy Kodiang.

Tinggalkan Balasan

shares