Filem The Hunt for Red October arahan John McTiernan merupakan antara filem perang klasik yang sangat diminat pengemar filem perang. Walaupun filem tersebut sudah berusia lebih 30 tahun, ia masih menjadi pilihan pengemar filem dan dianggap sebagai salah satu filem perang kapal selam terbaik yang pernah dihasilkan.
Tetapi, tahukan anda filem The Hunt for Red October diinspirasikan dari sebuah peristiwa yang pernah berlaku pada era perang dingin? Cuma peristiwa tersebut tidak melibatkan kapal selam, sebaliknya kapal perang Soviet.
Valery Mikhailovich Sablin
Kapten Valery Mikhailovich Sablin merupakan seorang pegawai Angkatan Laut Soviet dan anggota Parti Komunis. Pada bulan November 1975, kecewa dengan korupsi dan stagnasi Leonid Brezhnev, dia memimpin pemberontakan ke atas kapal frigat anti-kapal selam Soviet, Storozhevoy, dengan harapan dapat memulakan revolusi politik Leninis di Kesatuan Soviet.
Kisah pemberontak pengawai dan kapal perang tersebut bakal menjadi inspirasi kepada novel Tom Clancy bertajuk The Hunt for Red October
Sebab pemberontakan Valery Sablin
Pemberontakan di atas kapal perang Storozhevoy diketuai oleh komisaris politik kapal, Kapten Peringkat Ketiga Valery Sablin, yang ingin memprotes korupsi yang berleluasa di era Leonid Brezhnev. Misinya, merampas kapal perang dan berlayar keluar dari Teluk Riga, menuju ke Leningrad melalui Sungai River, berlabuh di samping kapal muzium Aurora, simbol lama revolusi Rusia, dan menyiarkan penentangannya terhadap Leonid Brezhnev kepada orang-orang di sana.
Pada hari pemberontakan
Pada malam 9 November 1975, Sablin telah mengumpan kapten kapal ke geladak bawah, dengan menyatakan bahawa ada beberapa pegawai yang perlu dihukum kerana mabuk ketika bertugas. Ketika kapten tiba di geladak bawah, Sablin menahannya dan pegawai lain di bilik sonar dan merampas kawalan kapal.
Sablin kemudian memanggil mesyuarat semua pegawai kanan di kapal. Di sini undian dilakukan di antara lima belas pegawai yang hadir. Sablin memberitahu para pegawai bahawa dia merancang untuk berlayar ke Leningrad dan menyiarkan mesej revolusinya. Lapan pegawai memilih menyokong pemberontakan; baki tujuh pegawai kanan kru kapal yang tidak mahu menyokong rancangan itu, dikurung di ruang berasingan di bawah dek utama
Sablin kemudian melangkah ke fasa rancangan berikutnya, iaitu untuk mendapatkan sokongan para kelasi, berjumlah sekitar 145-155 orang. Sablin adalah pegawai yang sangat popular dikalangan kelasi dan dia menggunakan peluang ini untuk mendapat. Dia telah mengumpulkan kesemua kru dan menyampaikan pidatonya sehingga membuatkan semua kelasi bermotivasi dan bersemangat untuk memulakan revolusi.
Gagal memberi amaran awal
Salah seorang pegawai yang memilih pemberontakan telah melarikan diri dengan berenang kearah daratan. Dia cuba meminta bantuan orang awam untuk menghantarnya ke pengkalan tentera laut, tetapi tidak dihiraukan kerana menyangka dia sedang mabuk. Pegawai tersebut kemudiannya menghubungi pengkalan dengan menggunakan telefon awam, dan meminta agar dia diambil kerana memiliki maklumat penting mengenai pemberontakan. Sekali lagi, permintaannya ditolak kerana pengawai di pengkalan menyangka ia adalah panggilan palsu dari kelasi yang sedang mabuk.
Tiada pilihan lain, pegawai tersebut berjalan kaki ke pengkalan, tetapi setibanya disana, segalanya sudah terlambat kerana Sablin telahpun memulakan pelayarannya.
Pemburuan besar-besaran Angkatan Tentera Laut Soviet
Setelah mengentahui rancangan mereka mungkin dihidu pasukan tentera Soviet, Sablin memutuskan untuk segera berlayar, daripada menunggu waktu pagi ketika berlayar dengan armada yang lain, seperti yang dirancangkan pada awalnya. Anak kapal segera berlayar ketika keadaan masih lagi gelap dan keluar dari Riga. Sablin juga mematikan radar bagi mengelakkan dikesan dari pasukan tentera.
Apabila Soviet mengentahui rancangan pemberontakan, Kremlin segera memerintahkan kawalan untuk mengesan kapal tersebut. Mereka bimbang, Sablin mungkin mengikuti jejak Jonas Pleškys untuk meminta suaka politik di Sweden. Tambahan pula, kapal tersebut lengkap dengan teknologi baru, mereka tidak mahu ia jatuh ditangan musuh.
Separuh armada Baltik, termasuk tiga belas kapal tentera laut, dihantar untuk mengesan dan mengejar kapal yang dikemudi Sablin. Pemburuan tersebut turut disertai oleh 60 pesawat perang, termasuk tiga pengebom Yak-28.
Kapal pemberontak telah dikesan selepas Sablin membuka radar ketika dia melalui perairan yang penuh dengan kabus. Pada waktu itu, Sablin semakin hampir dengan perairan Sweden. Pengebom Yak-28 telah mengesan kapal Storozhevoy dan segera memberi tembakan amaran bagi mengelakkan mereka dari memasuki perairan antarabangsa. Dalam proses tersebut, pengebom Yak-28 telah menjatuhkan 500 pound bom dan merosakkan kemudi kapal sehingga memaksa mereka berhenti di perairan 20 batu dari perairan Sweden dan 330 batu dari Kronstadt.
Selepas tembakan demi tembakan amaran dari kapal perang Soviet, kapal frigat itu akhirnya dinaiki komando laut Soviet. Pada masa itu, Sablin telah ditembak di kakinya dan ditahan oleh anggota krewnya sendiri. Kapten kapal dan pegawai yang ditawan akhirnya dilepaskan.
Kesemua kelasi Storozhevoy telah ditangkap dan disoal siasat, tetapi hanya Sablin dan pegawainya Alexander Shein, kelasi yang berusia 20an, telah dibicarakan dan dihukum. Perbicaraan terhadap Sablin telah dibuat pada Julai 1076, dan dia disabitkan dengan pengkhianatan tinggi, dan dihukum mati dengan skuad penembak pada 3 Ogos 1976. Sementara pegawainya, Shein telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun, manakala para kelasi yang terlibat dengan pemberontakkan telah dibebaskan, tetapi mereka di pecat dari Tentera Laut Soviet.
Laporan pemberontakan oleh Barat
Kremlin tidak mahu berita mengenai pemberontakkan tersebar, namun di Pihak Barat, mereka percaya Sablin dan krew kapal Storozhevoy sedang merancang untuk membelot – namun ia sebenarnya bertentangan dengan niat Sablin, yang ingin memulakan revolusi di Leningrad.
Laluan ke utara untuk pergi ke Leningrad sangat sempit kerana pelayar perlu melalui kepulauan Estonian – Saaremaa dan Hiiuma – dan tanah besar. Jadi, kebanyakkan kapal akan menuju ke barat, melalui perairan di kepulauan Gotland di Sweden. Sablin telah menetapkan laluan ke barat, dan ini memberi impresi yang mengelirukan dan menyangka kapal Storozhevoy sedang menuju ke Sweden atau anggota NATO, Denmark, bukannya menuju ke Leningrad.
Sehingga berakhirnya Perang Dingin, perisik Barat percaya krew kapal telah merancang untuk melakukan pemberontakan.
Siasatan dari ahli akademik barat
Gregory D. Young adalah orang Barat pertama yang menyiasat pemberontakan tersebut sebagai sebahagian daripada tesis masternya tahun 1982, Mutiny on Storozhevoy: A Case Case of Dissent in the Navy Navy, dan kemudian dalam buku The Last Sentry oleh Young dan Nate Braden. Tesis ini diletakkan di arkib Akademi Angkatan Laut Amerika Syarikat di mana ia dibaca oleh Tom Clancy, dan seorang jurujual insurans.
Clancy menggunakan tesis Young dan peristiwa tersebut sebagai inspirasi untuk menulis novel The Hunt for Red Oktober, dan novel tersebut kemudiannya dijadikan filem dengan nama yang sama.
Sumber:
Strim The Hunt for Red October (1990)