Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kisah Kehidupan Dato Lee Chong Wei Difilemkan

lee-chong-wei

Selepas melihat kisah anak-anak Sidek diadaptasikan dalam bentuk animasi dan komik, kini peminat badminton negara berpeluang sekali untuk melihat kisah perjalanan seorang lagi pemain handalan badminton negara iaitu Dato Lee Chong Wei.

Kisah pemain nombor satu dunia itu akan difilemkan oleh CB Pictures dengan kos pembikinan dianggarkan RM4.5 ke RM6 juta dan bakal ditayangkan pada tahun 2018.


Proses pengambaran akan dilakukan pada tahun hadapan, dan kini pihak penerbit akan melakukan proses ujibakat terhadap pelakon yang bakal membintangi filem biografi ini.

Menurut produser filem, Josiah Chieng, mereka dalam masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

“Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, pada Selasa.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia…bukan sahaja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia,” katanya

Related posts

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

Leave a Comment