SATU projek filem baru yang dilabelkan sebagai kisah sampingan kepada siri francais Star Wars akan dilancarkan tidak lama lagi berkisarkan kepada perjalanan hidup salah satu karakter utamanya iaitu Han Solo.
Menurut The Hollywood Reporter, filem baru itu nanti akan menerima sentuhan daripada pengarah filem The Lego Movie dan Jump Street iaitu Christopher Miller dan Phil Lord.
Memetik sumber-sumber dalaman Disney, portal berita The Hollywood Reporter itu menjelaskan, filem ini mengisahkan pengembaraan Solo sewaktu zaman mudanya.
Filem ini akan masuk pawagam pada 25 Mei 2018 – setahun selepas pelancaran episod kelapan siri francais Star Wars pada tahun 2017.
Para pelakon untuk filem terbaru ini termasuklah watak heronya bagaimanapun masih belum ditentukan lagi.