Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kisah 20 ‘Unsung Hero’ Diabadikan Dalam Filem Only The Brave

Pada 28 Jun 2013, satu kejadian kebakaran hutan telah berlaku di Yarnell Hill yang terletak di YarnellArizona. Bagi menghalang kebakaran tersebut merebak ke kawasan penempatan penduduk, Bagi menghalang kebakaran hutan tersebut, beberapa pasukan anggot bomba telah dihantar bagi melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di bukit tersebut. Antara pasukan-pasukan bomba yang terlibat dalam kerja-kerja memadam kebakaran adalah dari Blue Ridge Hotshots yang merupakan dari Coconino National Forest, Arizona, Granite Mountain Hotshot dari Jabatan Bomba Prescott, Arizona  serta beberapa pasukan bomba elite yang lain.

Seperti biasa, kesemua anggota bomba elite tersebut melakukan kerja-kerja memadam kebakaran hutan seperti biasa sehinggalah pada 30 Jun 2013 apabila salah seorang anggota dari pasukan Granite Mountain Hotshot, Brendan McDonough ditemui oleh ketua pasukan dari Blue Ridge Hotshots. Brendan yang bertugas sebagai pemerhati terpaksa meninggalkan tempatnya disebabkan api telah merebak ke kawasan jagaannya. Sebelum itu, ketua pasukan Blue Ridge Hotshot telah memantau perbualan radio diantara Brendan dengan Kaptennya dan mengentahui pasukan Bomba tersebut sedang mengalami masalah. Brendan memberitahu kepada ketua Blue Ridge Hotshot bahawa rakan-rakannya telah terperangkap dalam kebakaran hutan.

Selepas membawa Brenda ke tempat selamat, Blue Ridge Hotshots telah ke lokasi pasukan Granite Mountain Hotshot yang terperangkap dalam kebakaran, namum usaha mereka menemui jalan buntu disebabkan api dikawasan tersebut cukup marak dan merbahaya sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik. Selepas berusaha mencari laluan lain, akhirnya mereka berjaya sampai ke tempat lokasi anggota Granite Mountain Hotshot, tetapi sudah terlewat kerana kesemua 19 anggota yang terperangkap itu telah terkorban disebabkan kebakaran hutan. Walaupun anggota bomba dibekalkan dengan ‘fire shelter’ ia masih tidak mampu untuk menyelamatkan anggota dari menjadi korban kebakaran pada waktu itu.

Kemalangan jiwa yang berlaku pada anggota bomba itu telah mengejutkan rakyat Amerika. Ia merupakan kemalangan jiwa paling teruk berlaku pada anggota bomba US sejak peristiwa 9/11 dimana beratus-ratus anggota bomba terkorban dibawah runtuhan bangunan World Trade Center akibat serangan pengganas.

 

Anggota bomba (Granite Mountain Hotshot) yang terkorban dalam kebakaran hutan di Yarnell Hill, Arizona

Bagi memperingati pengorbanan mereka, studio penerbitan Black Label Media serta studio Columbia Pictures telah mengadaptasikan artikel “No Exit’ tulisan Sean Flynn dari Majalah GQ ke bentuk filem yang berjudul Only The Brave. Filem tersebut diarahkan Joseph Kosinski manakala lakonlayar pula ditulis oleh Ken Nolan.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini adalah Josh Brolin, Miles Teller, Jeff Bridges, Taylor Kitsch, James Badge Dale, Jennifer Connelly, Alex Russell, dan Ben Hardy. Only The Brave merupakan sebuah filem biographical action drama yang akan mengisahkan sekumpulan pasukan anggota bomba dari Granite Mountain Hotshot yang bertugas memadam kebakaran hutan di Yarnell Hill, Arizona.

Only the Brave telah pun memulakan tayangan mereka pada 20 Ogos yang lalu dan telah mendapat review yang cukup positif dari pengkritik filem. Laman web Rottentomatoes telah memberikan peratusan 90% daripada 104 reviewer, manakala penonton dari CinemaScore telah memberi gred A kepada filem ini. Sementara itu, purata rating dari pengguna-pengguna di laman web IMDb pula adalah sebanyak 8.1/10.

Antara babak filem Only The Brave. Brendan McDonough (Miles Teller), Chris MacKenzie (Taylor Kitsch),

Berdasarkan dari respon yang diterima dari pengkritik filem serta penonton, Only the Brave adalah antara filem yang wajib kita tonton pada bulan November ini. Only The Brave dijangka akan memberi kesan emosi kepada penonton serta melihat hero-hero sebenar dalam usaha mereka memastikan orang awam selamat dari kebakaran hutan.

Only The Brave telah pun ditayangkan di beberapa pawagam di Malaysia dan akan ‘release’ sepenuhnya diseluruh negara pada 2 November ini.

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

The Many Malaysian Faces on Netflix

Zulaikha

6 Actors Who Took On Their Own Stunts and Nailed It

Zulaikha

7 Surprising Things You Probably Didn’t Know About the Cast of Money Heist

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment