Filem pertama Kingsman: The Secret Service yang dikeluarkan pada tahun 2015 boleh dikatakan agak stylist sehingga menjadi fenomena kepada penonton yang inginkan kelainan dalam melihat filem-filem bergenre aksi pengintipan ini. Berselindung disebalik kedai jahit, Kingsman merupakan salah satu agensi pengintipan terulung yang melindungi dunia dari penjahat-penjahat yang ingin menguasai dunia. Melihat kepada kejayaan filem pertama, Kingsman dilihat mampu untuk menjadi franchise yang kuat dimasa akan datang.
Bagaimanapun perjalanan franchise ini mungkin terganggu sedikit apabila sekuelnya, Kingsman: The Golden Circle dilihat tidak dapat mengulangi kehebatan filem pertama walaupun Taron Egerton memberikan aksi “gentleman” yang cukup mantap dalam filem kali ini. Filem yang penuh aksi ini mungkin hebat pada luaran tetapi sebenarnya agak kurang memberangsangkan. Pengarahnya, Matthew Vaughn dilihat seperti begitu “berusaha keras” untuk menandingi filem pertama sehingga membuatkan filem ini hilang element “fun” dan bercelaru apabila saya menontonnya.
Filem pertama agak ringkas dan ringan dimana Vaughn fokus kepada Eggsy yang ingin menjadi Kingsman dan rancangan jahat Valentine, tetapi filem kali ini seolah-olah disumbat segala idea sehingga menjadikan agak “messy”. Boleh dikatakan terdapat banyak babak-babak yang boleh dianggap irrelevant disumbatkan dalam filem ini. Antaranya babak-babak yang melibatkan Elton John yang bagi saya tidak perlu dan tidak langsung memberi sumbangan kepada perjalanan filem ini. Malah jika watak Henry tidak dihidupkan, mungkin The Golden Circle dapat menumpukan plot mereka kepada memburu penjahat filem ini serta fokus kepada watak baru yang saya rasa begitu menarik untuk ditonjolkan.

Disebabkan terlampau banyak idea-idea yang disumbatkan dalam filem kali ini, karakter-karakter seperi Tequia (lakonan Channing Tatum), Jack Daniel (lakonan Pedro Pascal) dan Ginger Ale lakonan (Halle Berry) tenggelam begitu sahaja sedangkan watak mereka boleh di “utilize” sepenuhnya. Watak-watak mereka dilihat begitu terhad dan peranannya mereka begitu kecil dalam membantu Kingsman.
Watak villain juga dilihat seperti kitar semula dari filem pertama. Penjahat utama tidak lebih kepada genuis dan psikotik dan henchmannya pula begitu handal berlawan. Jika The Secret Service mempunyai Valentine dan Gazelle, The Golden Circle mempunyai Poppy Adams dan Charlie. Bezanya watak villainnous Poppy Adams lakonan Julianne Moore yang tidak difokus sepenuhnya dan tidak sejahat seperti watak Valentine dalam filem pertama. Watak Poppy Adams sepatutnya dilihat lebih psikotik dan jahat sepertimana perwatakan Valentine yang ingin menguasai dunia, tetapi sebaliknya watak tersebut tidak begitu ditonjolkan begitu kerap sepertimana watak Valentine.
Tidak dinafikan aksi-aksinya masih menarik untuk ditonton terutamannya aksi kejar mengejar di kota Londan, “bar fighting” dan fight antara Kingsman dan Statesmen, tapi bagi saya tidak puas kerana babak-babak seperti ini tidak begitu intense seperti filem pertama. Dalam banyak-banyak babak aksi, yang paling saya minati adalah aksi yang melibatkan watak Jack Daniel semasa menembak penjahat di dalam hutan dan juga pergaduhan antara Kingsman dan Statesmen – begitu style.
Dari segi cinematografi ianya agak menarik terutamanya semasa melibatkan babak-babak aksi. Camera movement dan slow-mo semasa babak aksi mungkin dilihat memeningkan bagi sesetengah penonton, tetapi bagi saya agak menarik kerana dapat melihat setiap pergerakan secara terperinci. Lagipun teknik seperti itu sudah dikerap digunakan dalam mana-mana filem aksi, Kingsman: The Golden Circle juga tidak ketinggalan. Cuma penggunaan CGI yang begitu heavy dalam beberapa membuatkan beberapa babak aksi dalam filem ini kelihatan seperti kartun, contohnya dalam babak kejar mengejar antara Eggsy dan penjahat di kota London.
Secara keseluruhan, Kingsman: The Golden Circle boleh dianggap menarik dalam kategorinya tetapi ia tidak mampu menandingi kehebatan filem pertama yang lebih tersusun, fun dan penuh dengan humor. Filem kali ini dilihat seperti serius berbanding pertama dan humor-humor yang agak try-hard. Jika nak dibandingkan denga satu lagi filem ala James Bond, Johnny English, humornya lebih menarik berbanding Kingsman dan mampu membuatkan penonton ketawa. Diharap sekuel ketiga Kingsman mampu untuk menutup kelemahan yang ada dalam filem ini dan mungkin menandingi filem pertamany. Oh ya, jangan terkejut jika watak-watak yang mati dalam ini dihidupkan semula dalam filem akan datang ya. Kingsman: The Golden Circle sudah buktikan tiada yang mustahil untuk hidupkan watak yang sudah mati.
Rating Kakimuvee: 6.5/10