Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kingsman: The Golden Circle Kutip $100 Juta Seluruh Dunia, IT Tambah $30 Juta Untuk Minggu Ketiga

Selepas filem adaptasi novel Stephen King, It mengusai carta Box Office domestik selama 2 minggu, akhir filem tersebut terpaksa akur dengan prestasi kutipan tiket filem yang baru ditayangkan Kingsman: The Golden Circle apabila filem sekuel Kingsman itu berada dicarta pertama kutipan Box Office dengan berjaya mengutip $39 juta dollar sejak hari pertama tayangan.

Kingsman: The Golden Circle turut mengaut $61.2 juta dari 11,623 panggung seluruh dunia dengan menjadikan jumlah kutipan global sebanyak $100.2 juta dollar. UK menjadi negara penyumbang terbanyak dengan jumlah $11.1 juta diikuti Russia sebanyak $6, Taiwan $4.8 juta, Australia $4.4 juta, Indonesia $3.3 dan Malaysia sebanyak $2.8 juta. Kutipan filem berkenaan dijangka akan terus meningkat apabila bakal ditayangkan di beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Perancis, China dan Jepun tidak lama lagi.

Sementara itu, filem It terus mengaut keuntungan apabila menambah $30 juta untuk pasaran tempatan dan $38.3 juta untuk pasaran antarabangsa pada minggu ketiga dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $478 juta. Filem It kini menjadi filem seram R-Rated paling tinggi kutipan tiket, menyingkirkan filem The Exorcist. 


Filem-filem lain seperti The Lego Ninjago Movie berada ditangga ketiga box office domestik dengan kutipan sebanyak $21.2 juta manakala pasaran untuk pasaran antarabangsa, filem Lego berkenaan berjaya mengutip $10.5 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak $31.7juta dollar.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee