
Studio 20th Century Fox mengumumkan filem ketiga Kingsman akan dihasilkan dengan pengarah Matthew Vaughn akan kembali menjadi pengarah serta penulis filem ini buat kali ketiga. Selain itu juga, pihak studio turut menetapkan tarikh tayangan iaitu pada 9 November 2019.
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai filem tersebut, tetapi dijangkakan aktor Taron Egerton dan Colin Firth akan kembali membawakan watak masing-masing berdasarkan kenyataan Vaughn yang mengatakan siri terakhir ini akan merumuskan hubungan diantara Harry Hart dan Eggsy.
Turut dikaitkan dengan filem ini adalah pelakon dari filem Kingsman: The Golden Circle iaitu Halle Berry, Channing Tatum, dan Jeff Bridges.
Francais Kingsman setakat ini telah mengumpul $825 juta dolar dengan filem pertamanya Kingsman: The Secret Service berjaya meraih $414 juta dolar manakala Kingsman: The Golden Circle pula meraih $410 juta seluruh dunia.