
Gambar-gambar terbaru dari filem akan datang Mission: Possible telah didedahkan kepada umum, menampilkan pandangan terbaru Kim Yong Kwan dan Lee Sun Bin. Anda boleh lihatnya dibawah.
Mission: Possible adalah filem aksi komedi yang menyegarkan mengenai Woo Soo Han (Kim Young Kwang), seorang detektif peribadi yang akan melakukan apa sahaja selagi dia mendapat bayaran pendahuluan, dan Yoo Da Hee (Lee Sun Bin), seorang ejen rahsia dari China yang penuh semangat. Kedua-dua mereka terpaksa berkerjasama untuk menyelesaikan kes penyeludupan senjata.
Gambar dibawah meninjau adegan-adegan komik yang lucu dan aksi-aksi yang dijangkakan penonton dalam filem akan datang.
Sebagai pemilik agensi penyiasat swasta, Woo Su Han akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Walaupun Woo Su Han dengan mudah dapat menunjukan ekspresi suka bermain, dia juga mempamerkan pandangan yang tajam ketika keadaan menjadi buruk.
Tambahan pula, ejen elit Yoo Da Hee menunjukkan semangat yang tinggi dalam mencapai tujuannya untuk menyelesaikan misi, dengan menekankan gandingan lucu bersama Woo Su Han.
Filem terbaru ini ditulis dan diarahkan oleh Kim Hyung-joo-III dan turut dibarisi pelakon seperti Kim Young-kwang, Lee Sun-bin, Oh Dae-hwan, Kim Tae-hoon, Seo Hyun-chul, dan Choi Byung-mo.
Mission: Possible akan ditayangkan pada Februari ini. Tonton teaser disini.