Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Soo-hyun Kembali Ke Skrin Kecil Dalam Video Belakang Tabir “It’s Okay to Not Be Okay”

Drama It’s Okay To Not Be Okay telah kongsikan video belakang tabir yang memaparkan Kim Soo-hun beraksi setelah dua tahun bercuti, keserasiannya bersama pelakon Seo Yea-ji dan persahabatan bersama On Jung-Se.

Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) bekerja sebagai pengasuh di wad psikiatri. Gang-tae dikurniakan segalanya termasuk badan yang hebat, kecerdasan, kemampuan untuk bersimpati dengan orang lain, kesabaran, kemampuan untuk bertindak balas dengan cepat, dan banyak lagi.

Dia menjaga abangnya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan menghidapi spektrum autisme.

Dia dengan baik menjaga saudaranya, Sang-tae (Oh Jung-se), yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya dan berada di spektrum autisme. Nasib membawa Gang-tae bertemu wanita istimewa. Wanita itu, Ko Mun-yeong (Seo Yea-ji), adalah pengarang buku kanak-kanak yang popular, tetapi dia sangat mementingkan diri sendiri, sombong, dan kasar.

It’s Okay To Not Be Okay memaparkan percintaan luar biasa diantara dua individu yang akhirnya saling menyembuhkan luka emosi dan psikologi yang dihadapi mereka.

Diarahkan Park Shin-woo dengan lakonlayar ditulis oleh Jo Yong, drama terbaru ini akan memulakan siaran pada 20 Jun 2020 (16 episod, setiap Sabtu & Ahad) eksklusif di Netflix.

Related posts

TUDUM: Netflix Umum Jadual Pelancaran Untuk Filem & Siri Korea Yang Akan Datang

Zulaikha

“Yumi’s Cells” Capai Rating Tertinggi, “One The Woman” Kekal No. 1

Zulaikha

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

Rating “Hometown” Meningkat Pada Episod Ke-2, “Dali And Cocky Prince” Kekal No. 1

Zulaikha

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Rancangan Variety “Unexpected Business” Mungkin Akan Kembali Untuk Musim Kedua

Zulaikha

Leave a Comment