Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Soo Hyun Dalam Rundingan Untuk Bintangi Siri Thriller Terbitan Netflix


Pelakon Kim Soo Hyun dilaporkan bakal membintangi siri suspen terbaru Netflix berjudul Finger, lapor Soompi.

Pembabitan pelakon dalam projek baru Netflix itu disahkan oleh agensinya, Gold Medalist. Wakil agensi tersebut berkata “Kim Soo Hyun antara salah seorang pelakon yang menerima tawaran Netflix, dan dia sedang meneliti tawaran tersebut”

Kim Soo Hyun dilaporkan mendapat tawaran untuk memainkan peranan sebagai pereka dalaman yang merupakan seorang sosiopat dan juga menghidapi gangguan identiti disosiatif.

Drama ini akan ditulis oleh Han Ji Wan, yang sebelum ini mencipta drama Wanted yang ditayangkan pada 2016, dan akan diarahkan Jung Ji Woo, pengarah filem yang mengetuai projek drama buat pertama kali.

Finger dijadualkan penggambaran pada musim bunga tahun hadapan. 



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee