You are here Home » Kim Soo Hyun Bakal Membuat Cameo Dalam Finale “Hotel Del Luna”

Kim Soo Hyun Bakal Membuat Cameo Dalam Finale “Hotel Del Luna”

Pelakon Kim Soo Hyun dilaporkan bakal membuat penampilan istimewa dalam episod akhir drama Hotel Del Luna. Pekara tersebut disahkan oleh DongA.com.

“Kim Soo Hyun will be making a cameo appearance in ‘Hotel Del Luna.’ Please tune in to the broadcast to see exactly what role he’ll play”

Kim Soo Hyun sebelum ini menunjukkan tanda sokongan kepada rakan-rakannya dengan berada diset penggambaran dan menyediakan kafe truck untuk para pelakon dan juga krew.

Hotel Del Luna berlatarkan sebuah Hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan, terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri dari hantu.

Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh.

Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lagi teruk darinya.

BACA:  Tonton Trailer Crayon Shin-Chan: Dangerous Honeymoon - The Lost Daddy -

Drama ini diarahkan oleh Oh Choong-Hwan manakala skrip ditulis oleh Hong Jung-Eun dan Hong Mi-Ran.

Episod finale Hotel Del Luna akan bersiaran di tvN pada 31 Ogos ini. 

Loading...