Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim So Yeon Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Musim Kedua “Tale Of The Nine-Tailed”

Pelakon Kim So Yeon dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi musim terbaru drama hit Tale of the Nine-Tailed.

Menurut laporan Soompi, agensi Kim So Yeon, J-Wide Company mengesahkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama terbaru, 

“‘Tale of the Nine-Tailed 2′ adalah salah satu projek yang diterimanya. Penampilan masih belum dimuktamadkan.”

Bulan lalu, jurucakap tvN menyatakan bahawa mereka sedang dalam perbincangan mengenai musim kedua ‘Tale of the Nine-Tailed.’ dan merancang untuk menghasilkan 16 episod. Pengarah musim pertama, Kang Shin Hyo, akan kembali dalam musim kedua. Difahamkan, musim kedua akan menampilkan latar belakang sejarah seperti Dinasti Joseon dan era penjajah Jepun.

Lee Dong Wook akan terus memainkan watak utama lelaki, tetapi akan ada pelakon wanita baharu dalam musim akan datang. Jika Kim So Yeon menerima tawaran itu, dia akan memegang watak utama wanita.

Musim pertama Tale of the Nine-Tailed disiarkan pada penghujung tahun 2020 dan dibintangi Lee Dong Wook, Jo Bo Ah, dan Kim Bum. Ia merupakan drama fantasi moden tentang gumiho mitos (musang berekor sembilan) yang menetap di bandar, dan pengarah penerbit yang menyiasat alam ghaib.

Related posts

Drama Korea iQiyi Pertama ‘My Roommate is a Gumiho’ Catat 100 Juta Tontonan Serata Dunia

Zulaikha

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Jin Wook Berjanji Untuk Lindungi Kwon Nara Dalam Teaser “Bulgasal” Yang Penuh Suspen

Zulaikha

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Leave a Comment