Siri TVSlot Asia

Kim So Hyun, Song Kang & Jung Ga Ram “Bersantui” Semasa Sesi Bacaan Skrip LOVE ALARM Musim Ke-2

Views

Sesi bacaan skrip drama terbaru Netflix, Love Alarm musim kedua berjalan dengan penuh santai dengan aktres jelita Kim So Hyun dan rakannya yang tampan, Song Kang dan Jung Ga Ram kelihatan sangat ceria dan tenang. Gambar bacaan skrip telah dikongsikan Netflix Korea hari ini.

Pada Oktober 2019 yang lalu, sambungan drama romantik ini telah diumumkan secara rasmi menerusi video dari para pelakon utama. Musim pertama telah memperkenalkan cerita mengeni Jojo lakonan Kim So-hyun.

 Terikut dengan trend ‘viral’ applikasi telefon mudah alin, siri ‘original’ Netflix Love Alarm berkisarkan tentang “JOAlarm” atau juga dikenali sebagai “Love Alarm”, sebuah applikasi mudah alih yang memberitahu sekirannya terdapat orang yang menyukai anda dalam radius 10 meter. Aplikasi tersebut menghubungkan terus ke hati pengguna, yang kadang-kala membuktikan keasliannya.

Aplikasi tersebut terus menjadi fenomena sosial, dimana semua orang bercakap dan menguna alat tersebut untuk menguji cinta dan populariti. Namun tidak bagi Jojo, antara orang yang tidak memuat turun aplikasi tersebut. Tetapi, dia berhadapan dengan situasi cinta tiga segi diantara Sun-oh, individu yang disukainya, dan Hye-young, jejaka yang telah lama menaruh hati terhadapnya.

Love Alarm musim kedua akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix.

BACA:  Pengarah Dedahkan Bahawa PENINSULA Akan Lebih Mendebarkan Dari TRAIN TO BUSAN

Tinggalkan Balasan

shares