Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim So Hyun Akan Bawa Dua Peranan Dalam Drama ““River Where The Moon Rises”


Aktres Kim So Hyun akan bawa lebih dari satu peranan dalam drama terbaru River Where the Moon Rises. 

Menurut laporan Soompi, Kim So Hyun bukan sahaja bawa watak utama sebagai Puteri Pyeonggang, malah turut memainkan peranan sebagai ibu kepada puteri itu, iaitu Ratu Yeon.

Ratu Yeon telah menduduki takhta pada usia muda, berkeinginan kuat dan teguh dalam kepercayaannya, dan dia sering memikirkan cara untuk menolong rakyat serta mempraktikkan ideanya. Dia juga seorang ibu yang penyayang dan membesarkan kedua anak perempuan dan lelaki dengan baik. 

Sementara itu beberapa gambar terbaru telah didedahkan kepada umum, memaparkan gambar Kim So Hyun sebagai Ratu Yeon dan Choi Yoo Hwa sebagai Hae Mo Yong. Anda boleh saksinya dibawah.

 

Berdasarkan cerita rakyat Goguryeo, River Where the Moon Rises akan menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang (lakonan Kim So Hyun) dan On Dal (lakonan Ji Soo). Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.


River Where the Moon Rises akan ditayangkan secara eksklusif di paltform streaming VIU pada 15 Februari ini.

 


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee