Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Susulan kontroversi yang melanda dirinya, pelakon Kim Seon Ho secara rasmi berundur dari rancangan variety KBS2, 2 Days & 1 Night Musim 4. Pengunduran Kim Seon Ho disahkan dalam satu pengumuman yang dibuat pasukan produksi rancangan tersebut. 

“Helo. Ini adalah pasukan produksi KBS2 “2 Days & 1 Night Musim 4”.Kami telah memutuskan untuk mengugurkan Kim Seon Ho, yang baru-baru ini terlibat dalam kontroversi.

Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyunting babaknya dari rakaman yang sudah difilemkan untuk mengurangkan rasa tidak selesa yang dikalangan penonton. Pasukan “2 Days & 1 Night” akan terus bekerja keras untuk membuat persembahan yang bagus. Terima kasih.”

Kontroversi melibatkan Kim Seon Ho bermula selepas seorang wanita memuatnaik perkongsian tanpa nama ke komuniti dalam talian. Wanita itu mendakwa, dia adalah bekas teman wanita kepada pelakon tersebut, dan pelakon itu telah memaksanya melakukan penguguran bayi atas janji palsu perkahwinan. 

Kim Seon Ho kemudiannya tampi meminta maaf dan mengakui bahawa dia adalah pelakon yang disebutkan dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, beberapa jenama yang disokong oleh Kim Seon Ho telah mengeluarkan pelakon itu dari saluran rasmi mereka. Domino’s Pizza telah mengeluarkan gambar Kim Seon Ho dari laman web dan media sosial rasmi mereka sejak 18 Oktober, ketika khabar angin itu mula tersebar.

Pada 20 Oktober, beberapa syarikat mula mengikut jejak langkah Dominos’s Pizza dengan mengeluarkan pelakon itu dari saluran rasmi mereka. 

Sumber: Soompi

Related posts

Drama Korea iQiyi Pertama ‘My Roommate is a Gumiho’ Catat 100 Juta Tontonan Serata Dunia

Zulaikha

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Jin Wook Berjanji Untuk Lindungi Kwon Nara Dalam Teaser “Bulgasal” Yang Penuh Suspen

Zulaikha

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Leave a Comment