Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Seon Ho Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Drama “Run On”

Pelakon Kim Seon Ho akan membuat penampilan istimewa dalam drama JTBC Run On.

Pada 20 Januari, agensi pelakon itu SALT Entertainment mengesahkan laporan media dengan mengeluarkan kenyataan, “Kim Seon Ho akan buat penampilan istimewa dalam Run On.”

Run On menceritakan kisah orang yang cuba berhubung antara satu sama lain dalam bahasa mereka sendiri setelah tinggal di dunia yang berbeza dan pada jarak yang berbeza.

Im Siwan berperanan sebagai Ki Sun Kyum, bekas atlet trek dan lapangan yang akan bersara setelah peristiwa yang mengubah hidupnya, sementara Shin Se Kyung berperanan sebagai Oh Mi Joo, seorang penterjemah filem asing yang sukakan cabaran.

Advertising

Kim Seon Ho telah menyelesaikan penggambaran untuk penampilannya sebagai pengarah filem. Pasukan produksi Run On berkata, “Silakan tonton siaran untuk maklumat lebih lanjut.”

Pelakon ini membuat penampilan istimewa kerana pengalamannya bekerja dengan pengarah Lee Jae Hoon dalam drama debutnya Good Manager.

Run On akan keudara pada Rabu dan Khamis jam 9.00 malam waktu Korea Selatan.

Sumber: Soompi

Advertising

Related posts

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Episod Kedua “Vincenzo” & “Times” Catat Peningkatan Rating

Zulaikha

“The Penthouse 2” Lepasi Angka 20 Peratus!, “Vincenzo” Capai Rating Pembukaan Ketiga Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Leave a Comment