Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Kim Ok Bin Dikelilingi Manusia Mutant Dalam Teaser Terbaru “Dark Hole” Yang Mendebarkan

OCN telah melancarkan teaser terbaru serta mengesahkan tarikh tayangan drama “Dark Hole” (tajuk literal). 

“Dark Hole” digambarkan sebagai “drama kelangsungan hidup / mutan” dan berpusat pada apa yang terjadi pada sekelompok orang yang selamat ketika manusia mulai berubah menjadi mutan setelah menyedut asap misteri yang keluar dari lubang-lubang tanah. 

Kim Ok Bin berperanan sebagai Lee Hwa Sun, seorang detektif polis di unit penyiasatan wilayah Seoul yang datang ke bandar Mu Ji untuk mengesan pembunuh suaminya. Lee Joon Hyuk berperanan sebagai Yoo Tae Han, pemandu trak tunda dan penduduk asal bandar Mu Ji dengan rasa keadilan yang kuat.

Dalam teaser yang baru dikongsikan, jalan-jalan di Mu Ji pada waktu malam dipenuhi dengan manusia mutan. Lee Hwa Sun meluangkan waktunya, menunggu saat yang tepat untuk masuk ke dalam keretanya dan melarikan diri. Bagaimanapun, bunyi pintu ditutup telah menyebabkan dia diserang dan dikelilingi manusia mutan.

OCN menetapkan tarikh tayangan “Dark Hole” 24 April, jam 10.30 malam waktu Korea Selatan. 

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

Josh Ruben Hidupkan Permainan Video Seram Ubisoft Dalam Trailer “Werewolves Within”

Kakimuvee

Trailer “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” Telah Dilancarkan, Akan Berstatus ‘R-rated’

Kakimuvee

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha