Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Aktor Kim Nam Gil telah ditawarkan watak utama dalam drama jenayah thriller terbaru Those Who Read Hearts of Evil (tajuk literal).

Agensi pelakon itum Gilstory ENT menjelaskan, “Betul Kim Nam Gil mendapat tawaran untuk membintangi drama baru “Those Who Read Hearts of Evil,” tetapi masih belum diputuskan. Kim Nam Gil telah menerima banyak tawaran selepas dia disahkan akan muncul dalam “Island”, dan ‘Those Who Read Hearts of Evil’ adalah salah satu senario yang sedang ditelitinya.”

Sekiranya dia menerima tawaran itu, Kim Nam Gil akan memainkan peranan profiler yang melihat jauh ke dalam pemikiran manusia.

Those Who Read Hearts of Evil berdasarkan buku dengan judul sama yang ditulis oleh Kwon Il Yong dan Go Na Moo. Ia akan menceritakan kisah profiler jenayah pertama Korea Selatan, Kwon Il Yong dan memberi tumpuan kepada mereka yang mengejar pembunuh bersiri, bukan pembunuh bersiri itu sendiri.

Ia berkaitan dengan permulaan profiler jenayah di Korea yang mana seseorang itu harus melihat ke dalam hati penjenayah yang mengerikan ketika pada masa itu, perkataan “profiling” tidak wujud dan idea”psikopat”  masih belum diketahui secara meluas. Profiler Kwon Il Yong menjadi pegawai polis pada tahun 1989 dan profiler jenayah pertama di Korea pada tahun 2000. Dia terkenal dengan profil beberapa penjenayah terkenal seperti Yoo Young Chul dan Jung Nam Gyu.

Lakon layar ditulis oleh  Seol Yi Na dan akan keudara di SBS. Sumber dari SBS menjelaskan, “drama ‘Red Sky‘ dan ‘Those Who Read Hearts of Evil’ adalah drama Isnin-Selasa yang akan disiarkan pada pertengahan tahun ini, dan kedua-dua drama tersebut akan keudara di SBS” 

Sumber: Soompi

Related posts

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Dua Drama Terbaru, “Bossam: Steal The Fate” & “Dark Hole” Memulakan Episod Pertama Dengan Langkah Kanan

Zulaikha

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

9 K-Drama Yang Akan Ditayangkan Mei Ini

Zulaikha

8 RIVETING K-DRAMAS TO WATCH IF YOU LIKE SOLVING MYSTERIES

Zulaikha