Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Kim Myung Soo Cemburu Dengan Shin Ye Eun & Seo Ji Hoon Dalam Preview “Meow The Secret Boy”


KBT 2TV telah melancarkan teaser terbaru drama Meow the Secret Boy yang memaparkan karakter Kim Myung Soo cemburu dengan hubungan diantara karakter Shin Ye Eun dan Seo Ji Hoon. Anda boleh saksikan preview terbaru itu dipemain video dibawah.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, Meow the Secret Boy adalah drama romantik komedi fantasi tentang kucing yang berubah menjadi seorang lelaki. Ahli kumpulan INFINITE, L akan memainkan peranan kucing bernama Hong Jo, yang mula menjalani kehidupan sebagai lelaki dan kucing. Di sampingnya, adalah Shin Ye Eun yang memainkan peranan Kim Sol Ah, seorang lelaki merupai anak anjing yang menjaga Hong Jo.

Yoon Ye Joo memainkan peranan sebagai Eun Ji Eun, seorang pereka yang sukar untuk bergaul dengan orang ramai kerana dia cepat berasa takut tetapi senang gembira apabila dia melukis. Dia merupakan seorang yang lembut dan sensitif dan dapat berkomunikasi dengan orang-orang yang luar biasa. Dia tidak dapat bersama sesiapa sahaja di tempat kerja, termasuk Kim Sol Ah, tetapi dia bakal mendapat perhatian disebabkan kisah lampau dan rahsia yang tidak dijangka.

Meow the Secret Boy dijadualkan siarannya pada 25 Mac jam 10 p.m KST dan boleh didapati di Viki.

https://youtu.be/gQik-B6gL_8



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee