Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Hye Soo & Kim Moo Yeol Bakal Bintangi Drama Bertema Perundangan Terbitan Netflix

Kim Hye Soo dan Kim  Moo Yeol berpotensi untuk bergandingan dalam drama terbaru.

Menurut laporan yang dikeluarkan Soompi pada 11 November yang lalu, pelakon Kim Hye Soo dan Kim Moo Yeol akan memainkan peranan utama dalam drama terbaru Netflix berjudul Juvenile Judgement (literal title). Agensi kedua-dua pelakon itu mengesahkan laporan, dan mereka kini sedang meneliti skrip.

Juvenile Judgement adalah drama perundangan yang mengisahkan tentang seorang hakim yang baru dilantik di mahkamah remaja di Daerah Yeonhwa. Dia sangat membenci pesalah remaja kerana pernah menjadi mangsa jenayah remaja. Dalam drama ini, dia akan menghadapi pelbagai kes yang melibatkan remaja dan mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan menjadi orang dewasa.

Sekiranya Kim Hye Soo menerima tawaran itu, dia akan memainkan peranan sebagai Shim Eun Seok, seorang hakim di mahkamah remaja di Daerah Yeonhwa. Dia adalah seorang yang berkarismatik dan keperibadian kasar serta cukup garang untuk dianggap sombong. Dia mempunyai kedudukan yang kompetitif, yang membantunya mendahului rakan sekerjanya untuk mencapai puncak.

Kim Moo Yeol ditawarkan sebagai hakim lain yang tingginya 180 sentimeter (5 kaki 11 inci) dan mempunyai bahu yang lebar. Digambarkan sebagai “lekaki baik dan seksi,” dia adalah seorang yang berjaya mengatasi penderitaan persekitaran yang buruk dan menjadi hakim setelah mengikuti ujian kelayakan sekolah menengah. 

Juvenile Judgement diarahkan oleh Hong Jong Chan dan ditulis oleh Kim Min Seok. Drama terbaru ini akan disiarkan dilaman penstriman Netflix. 

Related posts

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

“One The Woman” Meneruskan Penguasaannya Sebagai Minisiri Paling Ramai Penonton

Zulaikha

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”

Zulaikha

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

Leave a Comment