
Kim Ha Neul telah ditawarkan peranan dalam drama terbaru.
Pada 3 November, Sports DongA (via Soompi) melaporkan bahawa, aktres itu baru-baru ini memutuskan untuk membintangi drama terbaru bertajuk Kill Heel (terjemahan literal). Agensinya, IOK Company tampil memberi penjelasan dengan berkata, “dia secara positif sedang meneliti tawaran itu. Masih belum ada keputusan, dan kami sedang membincangkan beberapa pekara.”
Kill Heel ialah sebuah drama yang menggambarkan dunia membeli-belah di rumah yang sengit. Ia akan tertumpu kepada wanita yang hidup dalam dunia persaingan dan kuasa yang melibatkan pengacara rancangan dengan personaliti yang pelbagai. Skrip drama ini ditulis oleh Shin Kwang Ho, yang pernah terlibat dalam drama JTNC, Seonam Girls’ High School Investigators.”
Kim Ha Neul ditawarkan watak Woo Hyun, hos beli-belah di rumah untuk fesyen. Dia mempunyai rekod prestasi yang baik kerana imejnya yang mesra, tetapi masih bimbang yang dia akan berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Buat masa ini, pihak produksi sedang dalam perbincangan untuk menyiarkan drama ini di tvN. Penggambaran akan dimulakan sebaik sahaja barisan pelakon telah disahkan, dan dijangka akan tayang pada tahun hadapan.