Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa


Pelakon Kim Dong Wook mungkin bintangi drama fantasi terbaru. 

Menurut laporan Soompi, sumber dari industri hiburan mendedahkan bahawa, “Kim Dong Woo akan memainkan peranan utama sebagai Hae Joon dalam drama terbaru ‘You, Whom I Met By Chance’ (tajuk literal).”

Agensi Kim Dong Woo, Key East, mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan laporan media dan berkata bahawa pelakon itu sedang meneliti tawaran tersebut. 

“Kim Dong Wook telah menerima tawaran untuk membintangi drama baharu KBS2 ‘You, Whom I Met By Chance,’ dan dia kini sedang meneliti tawaran itu.”

You, Whom I Met By Chance menceritakan kisah misteri yang berlaku apabila seorang lelaki, yang mengembara ke masa lalu untuk mencari kebenaran di sebalik siri pembunuhan, bertemu dengan seorang wanita, yang juga mengembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu bapanya.


Jika dia menerima peranan itu, Kim Dong Wook akan memegang watak sebagai wartawan akhbar Hae Joon yang berhati dingin dan berterus terang. Selepas mendapat keupayaan untuk mengembara masa, dia bertemu dengan seorang wanita bernama Yoon Young dan terjebak dalam kejadian misteri.

Drama terbaru ini ditulis oleh penulis skrip Baek So Yeon (The Tale of Nokdu), dan dijadualkan tayangan pada tahun ini. Jadual siaran masih belum didedahkan.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee