Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Khir Rahman Terkilan Pelakon Asal Tidak Dapat Bersama

image

Pelakon, Khir Rahman meluahkan rasa terkilan apabila beberapa teman rapatnya tidak dapat turut serta menjayakan epilog terakhir filem Rock Bro arahan Mamat Khalid.

Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman berkata, beliau sedari awal turut mengambil inisiatif memujuk Que Haidar untuk menerima tawaran membintangi filem itu namun menghormati keputusan temannya tidak dapat bersama mereka.

“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif.

“Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya.

Pelakon Asal Filem Rock 2005
Pelakon Asal Filem Rock 2005

“Filem Rock Bro memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini,” katanya kepada BH Online.

Selain Que, Hasnul Rahmat adalah antara senarai asal yang tidak dapat turut serta menjayakan filem Rock Bro yang bakal berada di pawagam bermula 27 Oktober ini. Sementara itu, Khir berkongsi babak watak Jijo memeluk Islam lakonannya menerusi filem Rock Bro memberi kesan yang begitu mendalam buat dirinya.

Beliau ketika ditemui di majlis tayangan tertutup filem itu berkongsi, tanpa dipinta air mata bercucuran secara spontan ketika menjayakan babak penuh simbolik itu.

“Ketika bercerita mengenai adegan itu saja sudah membuatkan bulu roma saya meremang. Secara tiba-tiba air mata mengalir dan ia berjaya dirakamkan dengan sekali syot saja. Malah, Abang Mamat juga berpuas hati dengan penjiwaan saya untuk adegan itu,” kata Khir.

Selain Khir, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu turut menampilkan Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Datuk Hattan, Amy Juliet dan ramai lagi.

Sumber: Berita Harian

 

Related posts

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating