Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Khir Rahman Arahkan Teater Pertama Berjudul “Korupsi Dewan Senandung”


Pelakon dan pengarah Khir Rahman bakal membuat debut pertamanya sebagai pengarah teater menerusi pementasan teater komedi seram berjudul Korupsi Dewan Senandung yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Teater tersebut dibarisi pelawak terkenal tanah air seperti Joey Daud, Azrul Zaidi, Chiwan, Sharif Zero, Tauke Jambu, Douglas Lim, Vicha dan ramai lagi.

Selain itu, turut disertakan bersama ialah penyanyi Mark Adam, Syura dan vokalis Caliph Buskers Azmi Saat serta penampilan khas oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza.

Susulan pemergian pelawak dan pelakon Allahyarham Abam Bocey baru-baru ini, pihak produksi teater telah bersetuju untuk menggantikan tempat arwah dengan Man Raja Lawak, yang juga ahli kumpulan Puteh.

Menurut laporan dari BH Online, Khir memberitahu dia menyedari bakat Man sewaktu pelawak itu menyertai Maharaja Lawak Mega, di mana kumpulan Puteh yang turut dianggotai Ali dan Mamak dinobatkan sebagai juara.


“Saya percaya, apa yang ada pada Man mampu membawakan karakter ini dengan baik. Cuma, kami kena ubah watak asal untuk disesuaikan dengan kemampuannya,”

Buat pengetahuan, Khir mula menceburi bidang seni menerusi teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan berpeluang membintangi teater “Semerah Padi” pada 2011 bersama pelakon Fauzi Nawawi dan Jue Aziz.

Diterbitkan oleh Ogy Ahmad Daud di bawah produksi Ogy Ventures Network Sdn Bhd., teater Korupsi Dewan Senandung akan berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020, bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi yang tidak mahu ketinggalan, tiket kini dijual menerusi laman web www.airasiaredtix.com.

Sumber: Cinema Online


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee