Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Tempatan

“Khaenak: Serangan Pocong” Akan Ditayangkan di Saluran Astro First 11 November Ini

Selepas filem Khaenak 1 & mendapat sambutan yang cukup luar biasa di saluran YouTube tahun lalu, penerbit filem KCTV Network & Broadcasting Sdn. Bhd. bakal tampil dengan filem terbaru yang berjudul Khaenak: Serangan Pocong. Berbeza dengan dua filem terdahulu, yang ditayangkan di YouTube, filem kali ini akan menemui penonton di saluran Astro First.  

Khaenak: Serangan Pocong mengisahkan tentang sebuah kampung, di mana pelbagai kejadian mistik telah berlaku di kampung berkenaan, tetapi berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu. 

Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur, Apak datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani. 

Kemudian beberapa perkara aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila pendudu kkampung mula diganggu dengan kehadiran pocong; ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan ketukkan pintu dan diganggu semasa tidur. 

Diarahkan oleh Emma Kasmuri, filem ini dibarisi pelakon seperti Apak Harry Khalifah, Diana Ezety, Kamarool Hj Yusoff, Hushairi Husain dan ramai lagi. 

Khaenak: Serangan Pocong akan ditayangkan di saluran Astro First mulai 11 November ini.

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Leave a Comment