Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Khabar Angin Tobey & Andrew Sertai “Spider-Man 3”, Ini Jawapan Tom Holland

Sejak kebelakangan ini, telah hangat diperkatakan mengenai kepulangan semula Tobey Maguire dan Andrew Garfield ke Spider-Verse.

Khabar angin tersebut sudah tentu mengujakan peminat-peminat Marvel yang mahu melihat kedua-dua pelakon itu menyarung semula sut Spider-Man dalam filem Spider-Man 3. 

Namun sehinggakini, masih belum ada pengesahan baik dari Marvel Studios atau Sony atau pelakon itu sendiri.

Ketika bercakap dalam podcast Awards Circuit, Tom Holland sempat memberi respons terhadap spekulasi mengenai penglibatan Maguire, Garfield dan Kristen Dunst dalam Spider-Man 3 akan datang.

Dengan nada bergurau, Holland memberitahu bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang pekara itu.

“Beats me, I don’t know. If they are, they haven’t told me yet…That would be something that Marvel would do. I watch the film and be like ‘So that’s who that tennis ball was!’”

Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai Spider-Man bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange.

Mereka berdua akan menentang Electro lakonan Jamie Fox dan Doctor Octopus lakonan Alfred Milina. Filem ketiga ini juga bakal menampilkan Zendaya (Euphoria, Dune) yang kembali sebagai MJ.

Susulan penyertaan Jamie Foxx dan Alfred Molina, yang meneruskan peranan mereka dalam francais terdahulu, beberapa khabar angin mula tersebar seperti potensi kepulangan Tobey Maguire dan Andrew Garfield sebagai Spider-man.

Yang terbaru, Charlie Cox dilaporkan sertai filem akan datang dengan meneruskan peranannya sebagai Daredevil.

Spider-Man 3 akan ditayangkan pada 17 Disember 2021.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment