Kevin Smith Dedahkan Justice League Versi “Snyder Cut” Wujud, Tetapi …

2580
views

Tidak dinafikan filem Justice League menerima kecaman yang agak teruk dari peminat, sehinggakan mereka mendesak agar studio Warner Bros. membenarkan filem Justice League versi “Synder Cut” didedahkan atau ditayangkan kepada umum.

Namun, setelah hampir dua tahun sejak ia ditayangkan pada penghujung tahun 2017, pihak studio tetap tidak mengendahkan permintaan peminat.

Terdapat persoalan mengenai filem Justice League “Synder Cut”, adakah ia masih wujud atau telah dimusnahkan oleh Warner Bros.? pembikin filem dan podcaster Kevin Smith ada jawapannya.

Menurut Smith, versi “Synder Cut” masih wujud (walaupun dia tidak pernah menontonnya). Dia telah bertanya kepada beberapa individu disetiap peringkat produksi dan kesemuanya mengesahkan versi Snyder masih lagi wujud. Cuma filem tersebut tidak disiapkan sepenuhnya dan masih terdapat babak-babak yang penuh dengan latarbelakang layar hijau untuk tujuan suntingan visual.

“I’ve not seen it firsthand,””I’ve spoken now to enough people at various levels in that production. There IS a Snyder cut. For sure. That’s not a mythical beast. It exists. Now, it’s not a finished movie by any stretch of the imagination. There were things that went away from the story that they shot that didn’t wind up going into (visual) effects or anything like that.”

“So I would assume, based on what I’ve been told, that large sections of that Snyder Cut are, you know, pre-viz (with) a lot of green screen,.

“We’re not talking a finished movie…the one I’ve heard everyone speak of was never a finished film. It was a movie that people in production could watch and fill in the blanks. It was certainly not meant for mass consumption.”

Penjelasan Smith memberi jawapan kenapa Warner Bros. tidak melepaskan filem Justice League versi “Snyder Cut” kepada peminat. Tidak mungkin pihak studio mahu mengeluarkan duit semata-mata menyiapkan kesan-kesan khas tanpa sebarang jaminan pulangan keuntungan.

Jadi, peminat setakat ini hanya boleh membayangkan bagaimana filem Justice League sepatutnya berlaku menerusi gambar-gambar belakang tabir yang dikongsikan oleh Synder sendiri. Jika versi “Snyder Cut” dikeluarkan tanpa siap sepenuh, belum tentu  ia dapat memuaskan hati peminat.

Sumber: Comicbookmovie.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here