Berita

Kevin Hart, Jason Statham Bakal Bergandingan Dalam Filem Aksi Komedi

Views

Kevin Hart dan Jason Statham bakal bergandingan dalam filem aksi komedi berjudul The Man from Toronto yang diterbitkan Sony Pictures, lapor laman The Hollywood Reporter. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah muncul dalam filem spin off Fast & Furious, Hobbs & Shaw. 

Menggunakan tema kesilapan identiti, The Man from Toronto akan berkisarkan tentang seorang pembunuh terkenal yang dikenali sebagai "Man from Toronto" dan seorang lelaki dari Kota New York, Teddy yang bertemu di sebuah rumah tumpangan. Pertemuaan tersebut menyaksikan kesilapan identiti dan berlaku pertembungan dengan pembunuh upahan.

Patrick Hughes (Hitman’s Bodyguard, Red Hill, The Hitman’s Wife’s Bodyguard) akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Robbie Fox. Jason Blumenthal akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Black dan Steve Tisch.

Produksi dijangka bermula Mac ini dan akan ditayangkan pada 20 November 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks