Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Fiege Mahu Ryan Coogler Dalam Sekuel Black Panther


Dengan mendapat respon positif dari pengkritik serta diramal akan mendapat kutipan tertinggi pada minggu pembukaan, dijangkakan filem superhero kulit hitam pertama Marvel Cinematic Universe akan mendapat sekuel.

Semasa ditemuramah oleh laman hiburan Variety, presiden Marvel Studio, Kevin Feige ditanyakan oleh wartawan adakah lebih banyak cerita mengenai Black Panther akan disampaikan kepada penonton, Feige mendedahkan mereka berminat untuk melebarkan lagi kisah Black Panther di layar perak.

“We always say we work on one movie at a time. If you have any good ideas, put it in the movie you’re making. If you don’t, you might not be able to make another one. That said, Panther has been around for more than half a century in the comic books and there are many, many stories to tell.”

Selain itu juga, beliau ditanya adakah pengarah dan penulis filem ini iaitu Ryan Coogler akan kembali mengarahkan filem seterusnya, Kevin Fiege memberi jawapan bahawa mereka berharap pengarah tersebut akan kembali untuk mengarahkan filem kedua.

Kepada peminat Marvel, adakah anda mahu lebih cerita tentang Black Panther dalam dunia sinematik Marvel? berikan pendapat anda diruangan komen.


*Black Panther telah memulakan tayangan di Malaysia dan anda boleh baca review filem Black Panther dari kami dengan klik pautan ini


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee