Berita

Kevin Feige Yakin, 'Crossover' Spider-Man & Venom Mungkin Akan Berlaku

Views

Antara impian peminat filem-filem komik terutamanya filem Marvel adalah melihat filem 'crossover' diantara Spider-Man (Tom Holland) dan seteru utamanya, Venom (Tom Hardy). Umum tahu, Venom dan Spider-Man sukar untuk bertemu antara satu sama lain walaupun berkongsi 'tuan' yang sama, iaitu Sony.

Ini disebabkan perjanjian diantara Sony dan Marvel Studios yang hanya membenarkan karakter Spider-Man dan beberapa karakter lain dari 'universe' Spider-Man digunakan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Selain itu juga, tindakan Sony mewujudkan dunianya sendiri iaitu Sony's Marvel Universe (Sony's MU) sedikit sebanyak menutup ruang untuk Venom muncul dalam MCU.

Bagaimanapun, bos Marvel Studios, Kevin Feige memberi sedikit harapan kepada peminat yang mahu melihat sebuah filem 'crossover' diantara Spider-Man dan Venom.

Ketika bercakap kepada CinemaBlend, Feige tidak menolak untuk Marvel Studios menghasilkan sebuah filem 'crossover' diantara kedua-dua karakter itu dimasa hadapan. Menurutnya lagi, kedua-dua karakter utama Spider-Verse itu dimiliki Sony dan ianya tertakluk kepada mereka sama ada mahu menghasilkan filem 'crossover' ataupun tidak.

“I think probably it’s up to Sony,”

“Sony has both those characters and has Venom in their world. I don’t know what their plans are for another ‘Venom’ or if they’re doing that. But it seems likely at some point.”

Jadi segalanya tertakluk kepada Sony sama ada mereka mahu mengembangkan lagi kerjasama diantara Marvel Studios ataupun bergerak sendiri.

Untuk rekod, filem Spider-Man: Homecoming kerjasama dengan Marvel Studios berjaya meraih $880 juta dolar seluruh dunia, dan kutipan tersebut disimpan sepenuhnya oleh Sony manakala filem Venom lakonan Tom Hardy turut mencatat kutipan memberangsangkan apabila berjaya meraih $855 juta dolar seluruh dunia.

Sekiranya filem 'crossover' diantara kedua-dua karakter itu berlaku, tidak mustahil ia akan memberi pulangan besar kepada pihak Sony. Jadi pihak Sony seharusnya mengambil peluang dengan kejayaan Spider-Man didalam MCU untuk tambahkan lagi keuntungan dari karakter 'superhero' Marvel milik mereka.

*Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan pada 2 Julai ini manakala Venom 2 masih belum diumumkan pihak Sony*

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks