Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige ‘Tidak Menolak Kehadiran’ Venom Di MCU

Dunia filem komik sentiasa berubah, dan denga perkara-perkara seperti Marvel Cinematic Universe yang sentiasa menampilkan crossover, peminat dengan sabar menunggu berita berpotensi mengenai watak-watak lain yang bergabung di dunia yang sama.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Rotten Tomatoes, presiden Marvel Studios Kevin Feige ditanya mengenai potensi satu-satu watak seperti Venom yang mungkin akan bergabung dengan Marvel Cinematic Universe. Feige mengatakan bahawa dia tidak suka membicarakan spekulasi tentang apa yang mungkin atau tidak akan berlaku, tetapi dia tidak akan mengatakan ‘tidak’ kepada satu-satu pekara. 

“Saya dengan jelas tidak mahu membicarakan khabar angin atau spekulasi tentang apa yang boleh berlaku dan apa yang tidak boleh berlaku kerana ia berkaitan dengan watak-watak yang belum dibawa oleh Marvel Studios ke layar perak,” kata Feige. 

“Tetapi saya akan mengatakan apa yang selalu saya katakan, iaitu dengan Marvel selama 20 tahun, saya tidak akan menolak apa-apa. Saya tidak akan menolak sepenuhnya. Bila dan bagaimana dan di mana masih perlu dilihat. Segala khabar angin yang anda baca di atas talian boleh berlaku bila-bila masa.”

Tidak diketahui apa yang akan berlaku pada filem-filem komik di masa hadapan, tetapi dengan filem seperti Spider-Man: No Way Home yang dikhabarkan akan menampilkan beberapa penjahat dari dunia yang lain, tidak mustahil watak di luar MCU seperti Venom akan digabungkan dalam satu dunia filem komik yang sama. 

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment