Official TrailerSiri TV

Kevin Feige Sebagai Chinnos Dalam Spoof Avengers THE SIMPSONS

Views

Dalam tempoh lebih sedekad, Kevin Feige telah menjadi tulang belakang untuk Marvel Studios. Dia merupakan individu penting yang membina MCU dari bawah sehingga ianya berjaya. Kini peminat berpeluang melihat Feige berlakon apabila Variety mendedahkan pandangan pertama karakter lakonan suara bos Marvel Studios itu dalam episod The Simpsons akan datang.

Episod yang diberi tajuk “Bart the Bad Guy” akan menjadi paraodi kepada MCU dan para peminat setianya. Selepas Bart secara tidak sengaja menonton tayangan awal filem mega-popular terbaru francais “Vindicator”, dia mengunakan pengentahui-spoilernya untuk mengugut beberapa eksekutif Hollywood – yang turut disuarakan pengarah Avengers: Endgame, Joe dan Anthony Russo. Karakter lakonan adik-beradik Russo itu melakukan pelbagai cara untuk menghalang Bart (aka “Spoiler Boy”) dari membocorkan butiran plot sebelum filem hit itu ditayangkan kepada umum.

Dalam episod tersebut, Feige akan menyumbang suara untuk karakter Chinnos, villain utama filem. Karakter Chinnos jelas sekali ‘spoof’ untuk karakter Thanos lakonan Josh Brolin. Berbeza dengan Thanos yang menggunakan Infinity Gauntlet, Chinnos menggunakan “Doomsday App” menerusi telefon bimbitnya. Jika anda lihat klip dibawah, ia memaparkan sepasukan adiwira yang cuba menghalang Chinnos, mirip seperti pertempuran diantara Avengers dan Thanos di Planet Titan dalam filem Avengers: Infinity War. 

Selain Feige dan adik beradik Russo, dua lagi individu Marvel turut menyumbang suara untuk episod akan datang. Mereka adalah Cobie Smulder yang membawa suara heroin Hydrangea dan suaminya yang juga penulis Marvel, Taran Killam yang akan menyumbang suara untuk karakter adiwira, Airshot.

BACA:  PENNYWORTH To Premiere In Asia Exclusively On Warner TV On 29 June

Episod “Bart the Bad Guy” akan ke udara disaluran Fox 1 Mac ini (Waktu AS). Anda boleh saksikan teaser terbarunya dibawah.

Tinggalkan Balasan

shares