Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige Sahkan Perancangan Untuk Hasilkan Filem Ms. Marvel

Selepas memperkenalkan karakter baru Captain Marvel ke dunia sinematik, Marvel Studios terus merancang untuk membawa karakter-karakter komik mereka kelayar perak menerusi filem-filem superhero Marvel akan datang.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh laman-laman hiburan Hollywood, Kevin Feige mengesahkan akan membawa rakan Captain Marvel iaitu Ms. Marvel ke layar perak tidak lama lagi. ‘Bos’ Marvel Studio itu mendedahkan pekara demikian semasa ditemubual oleh koresponden BBC Arabic, Husam Asi baru-baru ini.

“We’re doing Captain Marvel right now. Captain Marvel‘s shooting right now with Brie Larson. Ms. Marvel, which is another character in the comic books, the Muslim hero who is inspired by Captain Marvel, is definitely sort-of in the works. We have plans for that once we’ve introduced Captain Marvel to the world.”

Advertising

Ms. Marvel atau juga dikenali sebagai Kamala Khan adalah antara karakter-karakter muslim yang diperkenalkan oleh Marvel menerusi komik-komik mereka. Malah Ms. Marvel juga merupakan karakter muslim pertama yang mempunyai siri komiknya sendiri.

Berdasarkan komik, Kamala Khan merupakan seorang remaja perempuan berketurunan Pakistan-Amerika yang tinggal di New Jersey dan mempunyai abiliti untuk menukar bentuk badannya (Shapshifting). Dia mendapati dirinya mempunyai gen Inhuman selepas berlakunya kejadian “Inhumanity” dimana ramai manusia terdedah dengan kabus Terrigen yang dilepaskan oleh bangsa Inhuman. Kamala Khan menggunakan mantel Ms. Marvel yang diambil dari idolnya, Carol Danvers selepas Danvers menjadi Captain Marvel.

Walaupun merupakan karakter muslim, Ms. Marvel boleh dikatakan antara karakter yang diminati pembaca-pembaca komik Marvel dan siri pertama komik Ms Marvel pernah memenangi Hugo Award pada tahun 2015 untuk kategori Cerita Grafik Terbaik.

Jadi kepada pengemar filem-filem Marvel, apa reaksi anda sekiranya filem Ms. Marvel ini dihasilkan dimasa hadapan?

Advertising

Related posts

Filem Animasi Adapatasi “The Great Gatsby” Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Kakimuvee

Justice League: Ryan Reynolds Nafi Akan Buat Cameo Sebagai Green Lantern

Kakimuvee

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Poster “Army of the Dead”

Kakimuvee

Kerry Washington & Charlize Theron Bintangi Filem Terbaru Netflix “The School for Good and Evil”

Kakimuvee

Leave a Comment