Berita

Kevin Feige Sahkan, Pengumuman Penuh Fasa 4 MCU Telah Dibuat Di SDCC, Blade Akan Dimasukkan Dalam Fasa 5

Views

Pada Sabtu malam yang lalu (waktu Amerika Syarikat) di konvensyen San Diego Comic-Con, Marvel Studios telah mengumumkan tarikh tayangan 5 filem dan 5 siri televisyen Disney+ yang akan menemui penonton sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Kesemua filem dan siri televisyen yang diumumkan itu merupakan fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU). Pekara tersebut dinyatakan sendiri oleh presiden Marvel Studios, Kevin Feige ketika ditemubual wartawan Collider.

“It is the complete Phase Four,”

“The way I announced the complete Phase Three five years ago—things can move, things can change as they did if you go back and look at what we talked about five years ago for Phase Three, but we’ve been working on this for quite a while and it’s pretty set. But there are always changes possible.”

Ini bermakna, filem-filem sekuel yang disebut oleh Feige di Hall H (Guardians of the Galaxy Vol. 3Black Panther 2, dan Captain Marvel 2) akan dimasukkan dalam fasa 5 MCU, begitu juga filem Blade walaupun logo filem tersebut dipaparkan semasa penghujung sesi panel Marvel Studios.

BACA:  Pencalonan FFM27 Pengubat Duka Filem 'Terbaik Dari Langit' - Bront Palarae

Untuk info, fasa 4 MCU akan berjalan selama dua tahun bermula tahun hadapan, dan peminat boleh menjangkakan filem pertama fasa 5 akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2022. Jadi buat peminat-peminat Blade, anda mungkin menunggu sedikit lama sebelum dapat menyaksikan filem tersebut dilayar perak.

Tinggalkan Balasan

shares