Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige SAHKAN Charlie Cox Akan Menjadi Daredevil MCU

Selepas bertahun-tahun spekulasi yang tidak berkesudahan, akhirnya CinemaBlend mendedahkan secara ekslusif bahawa Charlie Cox akan kembali memainkan semula peranan kegemaran peminat sebagai Matt Murdock aka Daredevil dalam Marvel Cinematic Universe.  

Bercakap dengan Kevin Feige sendiri, Presiden Marvel Studios itu dengan tegas mengesahkan, “Jika anda melihat Daredevil dimasa yang akan datang, Charlie Cox, ya, dia akan menjadi pelakon yang membawa watak Daredevil. Di mana kita melihatnya, bagaimana kita melihatnya, bila kita melihatnya, masih belum diketahui.”


Pendedahan ini jarang berlaku dari Feige, yang terkenal kerana sering menjaga kerahsian Marvel Cinematic Universe. Kini, peminat hanya perlu menanti bilakah Charlie Cox akan membuat kemunculan dalam MCU, bermula dengan Spider-Man: No Way Home, yang akan ditayangkan 16 Disember ini, filem yang dikhabarkan bakal menampilkan watak Matt Murdock. 

Feige tidak menyatakan bila kita akan melihat Man Without Fear (variant MCU) kembali beraksi, tetapi jika watak itu diperkenalkan dalam filem Spider-Man yang akan datang, maka dia berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam beberapa siri MCU Disney+ seperti Echo, She-Hulk atau Moon Knight, atau mana-mana projek yang melibatkan ‘adiwira di jalanan’. Ini tidak termasuk desas-desus yang mengatakan Marvel Studios telah mula aktif membangunkan projek solo Daredevil. 

Apapun, pendedahan Feige ini pastinya menggembirakan ramai peminat yang berharap Daredevil menyertai MCU. Jadi, masa untuk meraikannya kerana ‘The Devil of Hell’s Kitchen’ akan kembali!. 

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment