Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige Mahu Keanu Reeves Muncul Dalam MCU

Nampaknya peminat-peminat ‘John Wick’ berpeluang melihat pelakon kesayangan mereka, Keanu Reeves membuat kemunculan dalam filem ‘superhero’ Marvel apabila Marvel Studios mengesahkan telah menghubungi pelakon tersebut untuk berlakon dalam filem mereka.

Ketika ditemubual laman hiburan ComicBook.com baru-baru ini, Feige mendedahkan beberapa perbincangan mengenai membawa masuk Reeves dalam dunia MCU telahpun dilakukan. Menurutnya lagi, Marvel Studios kini sedang mempertimbangkan masa dan watak yang sesuai untuk pelakon tersebut.

“We talk to him for almost every film we make,”, “I don’t know when, if, or ever he’ll join the MCU, but we very much want to figure out the right way to do it.”

Kevin Feige juga turut membandingkan Keanu Reeves dengan Jake Gyllenhaal dimana bintang Spider-Man: Far From Home itu telah dicadangkan beberapa watak berbeza dalam  MCU sebelum akhirnya menerima tawaran melakonkan watak Mysterio dalam filem Spider-Man akan datang.

Keanu Reeves kini dikhabarkan sedang berbincang dengan Marvel Studios untuk berlakon dalam filem The Eternals bersama-sama Angelina Jolie, Kumail Nanjiani dan Richard Madden. Bagaimanapun pihak studio mengambil sikap tidak menafikan mahupun mengesahkan khabar angin tersebut.

Kepada peminat-peminat ‘John Wick’, agak-agaknya watak Marvel manakah yang sesuai dilakonkan Keanu Reeves?

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment