Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kevin Feige Goda Projek Rahsia MCU Bersama Scarlett Johansson


Semasa acara tahunan American Cinematheque malam tadi di mana calon Oscar, Scarlett Johansson menjadi penerima anugerah ke-35, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige merupakan antara individu yang memberi penghormatan kepada Johansson.

Dalam ucapannya, sambil memuji sumbangan Johansson kepada Marvel Cinematic Universe, dia mengesahkan bahawa mereka sedang bekerjasama dalam “projek Marvel Studios yang sangat rahsia,” dengan Johnson akan menjadi penerbitnya. Feige turut berkata bahawa ia akan menjadi projek yang bukan berkaitan Black Widow.

“Scarlett telah meminjamkan bakat dan kuasa bintangnya kepada Marvel Cinematic Universe selama lebih sedekad,” kata Feige. “Dia dipilih untuk memainkan peranan penting selama bertahun-tahun, saya amat berterima kasih. Bekerja dengan [dia] benar-benar menjadi salah satu kerjasama yang paling diingati dan memberi ganjaran dalam kerjaya saya.”

Projek rahsia MCU itu merupakan kerjasama kedua yang disahkan antara Johnson dan Disney, selepas pertikaian undang-undang awam mengenai pengedaran filem Black Widow yang telah berakhir lebih sebulan yang lalu. Johnson dan Disney sebelum ini telah menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan kerjasama kreatif antara mereka. 

Sebaik sahaja mereka menyelesaikan pertikaian undang-undang mengenai Black Widow, Johnson dan Disney terus mengumumkan kerjasama menerusi filem aksi-nyata Tower of Terroryang merupakan adaptasi dari permainan taman tema klasik Disney bertajuk sama. 



Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee